Thursday, August 6, 2009

PAKATAN RAKYAT : Pemimpin Berbeza Pandangan?

Apakah perbezaan pandangan memang wujud antara pemimpin PR yang memerintah Selangor? Salah seorang Wakil Rakyat PR telah mengarahkan pegawai PBT memulangkan semula arak yang dirampas manakala seorang Wakil Rakyat PR (dari parti lain yang sama-sama bergabung dalam PR) membantah tindakannya. Adakah ini benar-benar terjadi atau sandiwara "purba"? Akhbar tempatan ada mengulas perkara ini. Persoalan yang mesti difikirkan ialah : (Pertama) Mengapa wujud perbezaan pendapat yang menyentuh bidang tugas pentadbiran ini? Selama ini PR telah "menggula-gulakan" rakyat bahawa mereka sebagai alternatif kepada BN. Rupa-rupanya "gula-gula" itu telah menjadi penyebab kepada "kencing manis" pentadbiran negeri. (Kedua) Tindakan salah seorang Wakil Rakyat yang lain menegur Wakil Rakyat yang "rakus" tadi memang patut dipuji...Sekurang-kurangnya beliau nampak melihat "the true colours" rakan-rakannya dalam PR. Nak buat macam mana... Nak berbaik-baik dengan UMNO tak boleh sebab UMNO teruk dibelasah oleh puak mereka kononnya keji, buruk hatta sebelum ini melabelkan "kafir"... Sekarang macam mana? Ghairah sangat nak "bersahabat" dengan mereka yang bukan sahaja jahil tentang agama Islam malahan cuba nak "mencucuk" jarum kesucian Islam... Hah...padan muka. Takbur sangat mengata UMNO "kafir" sekarang.... telan baliklah bro..... (Ketiga) MB Selangor arah wakil rakyat berkenaan tutup mulut. Kenapa??? Langkah pencegahan H1N1 ke? Buntut tak mahu tutup ke??? Teguran daripada rakan Wakil Rakyat yang lain bukan soalan arak sebenarnya. Mauduk utama ialah : INTEGRITI... Mana integriti Wakil Rakyat??? Baru dapat kuasa sudah kemaruk ka??? Seluruh badan gatal sebab kuasa ini "panas". Tergaru sana tergaru sini. Serupa "beruk kena belacan".... Ingat sikitlah.... Wakil Rakyat tu kerjanya apa??? Semua mahu "kebas" ka??? (TERPENTING) Kepada seluruh rakyat : fikir-fikirkanlah...apa sudah jadi ini? Kalau lama memerintah macam mana pulak jadinya... Cukuplah tu. Jangan kasi lagi kuasa memerintah kepada mereka yang tidak ikhlas dan jujur terhadap tanggungjawab. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis golongan ini. Jika kita masih tak sedar....tak taulah....

No comments:

Post a Comment