Tuesday, July 28, 2009

ISU POLITIK PERAK : TAK HABIS-HABIS LAGI KE???

PENING KEPALA DENGAN SIKAP SEGELINTIR AHLI POLITIK [YANG SEMEMANGNYA CERDIK DAN BIJAKSANA] DI PERAK. MACAM-MACAM HAL. TAK HABIS-HABIS LAGI NAK BERPOLITIK. NAK BERTEKAK TENTANG HAK DAN DEMOKRASI. TAK ADA KERJA LAIN KE? SEKARANG MASA UNTUK BEKERJA DEMI PEMBANGUNAN NEGERI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. SUDAH-SUDAHLAH. TUNGGU AJA PRU 13. NDAK JUGAK JAWATAN. DAH KEMARUK KUASA KE? DAH BAWA KES KE MAHKAMAH MASIH LAGI MAU BISING-BISING. FIKIRKANLAH RAKYAT. RAKYAT MAHUKAN PEMBANGUNAN BUKANNYA NAK MELIHAT ACARA "DEBAT". KALAU ACARA DEBAT BAGUS TAK APALAH JUGAK. NI DEBAT DAN PERCAKARAN MACAM BUDAK-BUDAK. SEMUANYA GIMIK POLITIK NAK MERAIH PERHATIAN RAKYAT. INGAT RAKYAT NI TENGIN KE??? LANGSUNG TAK ADA STANDARD MENJADI AHLI POLITIK TARAF DUNIA. BERPOLITIK MACAM POLITIK KEDAI KOPI. TAK MALU KE PELAJARAN SAHAJA TINGGI TETAPI PEMIKIRAN MASIH RENDAH. MASING-MASING HANYA MAHU BERFIKIR DALAM LINGKUNGAN FIKIRANNYA SAHAJA. LANGSUNG TIDAK MENILAI PEMIKIRAN PIHAK YANG SATU LAGI. KALAU MACAM INI SAMPAI PRU 13 PUN TIDAK ADA PERUBAHAN. MUAK DENGAN PERANGAI SEGELINTIR AHLI POLITIK BEGINI. TENGIN...

H1N1?

SEHINGGA 27 JULAI 2009 DATA DI MALAYSIA MENUNJUKKAN 1,124 KES, 574 KES IMPORT, 550 KES TEMPATAN DAN MENCATATKAN 2 KEMATIAN. DI SELURUH DUNIA PULA 159,223 KES DENGAN 987 KEMATIAN. DI MALAYSIA TERDAPAT IPTA, SEKOLAH DAN KEM PLKN DITUTUP, PELAJAR DAN PELATIH DIKUARANTIN... USAHA PIHAK BERWAJIB "TO EDUCATE" RAKYAT MALAYSIA SUPAYA BERJAYA MENCEGAH PENULARAN H1N1 HENDAKLAH DILIPATKALIGANDAKAN... JIKA PATUT SUNTIKAN ANTIVIRAL DIBERI...KEMENTERIAN KESIHATAN BOLEH BERUSAHA DENGAN PELBAGAI CARA. BERIKANLAH SUBSIDI KEPADA MEREKA YANG PATUT SUPAYA LEBIH CEPAT USAHA PENCEGAHAN MENDATANGKAN HASIL...BERAPA SANGATLAH KOS SUNTIKAN ITU BERBANDING BETAPA PENTINGNYA NILAI KESIHATAN KEPADA SELURUH SEISI RAKYAT DI SELURUH PELOSOK NEGARA...FIKIR-FIKIRKANLAH DEMI KEPENTINGAN RAKYAT...

Wednesday, July 22, 2009

ASYIK BERPOLITIK - KERJA TERTANGGUH

Fed-up dengan gelagat orang politik pada hari ini. Sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi mentaliti masih di takuk lama. Dah habis pilihan raya masih lagi nak bercakap pasal parti dan mengecam parti lawan. Kalau adanya satu-satu perkara sensasi semuanya nak dipolitikkan. Sedarlah wahai ahli politik (termasuklah orang biasa yang lagak macam orang politik)...Lebih baiklah sekarang ni bekerjasama memberikan idea dan pendapat untuk memajukan negara dalam segala bidang. Masih banyak lagi pembangunan negara yang perlu diberi perhatian. Masih ramai lagi rakyat yang mesti dibela nasib mereka. Di setiap ceruk rantau negara kita masih banyak masalah rakyat yang mesti diatasi. Kalau asyik nak cakap berpolitik sahaja bila agaknya ahli politik kita ni bekerja? Satu pihak membuat kerja membangunkan negara dengan melancarkan pelbagai projek pembangunan dan dasar sama ada dalam ekonomi dan sosial... tak lama lepas itu ada pulak puak yang memberi pendapat yang kebanyakannya lebih "mengutuk" dan "mengecam". Lepas itu, puak yang dikutuk mengeluarkan kenyataan bela diri dan ambil pulak semangkuk "mengutuk" puak yang mula-mula tadi. Jadinya...tak habis-habis lah berpolitik. Sebabnya? Ramai yang nak tunjuk pandai kepada rakyat...pandai cakap, pandai beri pendapat...pandai mengata...dan macam-macam lagilah nak tunjuk pandai. Sudah-sudahlah tu...Lebih baik buat kerja sama-sama. Berilah peluang kepada pihak kerajaan menjalankan tugas mereka. Pihak pembangkang jadilah pihak "check and balance" yang benar-benar jujur dan "honest" dengan tugas tersebut...Asyik nak membangkang sahaja satu kerja pun tak jalan. Mana-mana usaha dan langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan baik untuk rakyat dan baik untuk negara bukankah lebih baik disokong? Jika didapati tindakan tersebut tidak begitu baik kepada rakyat kepada negara, berilah kritikan yang membina. Kalau kritikan yang baik pun mereka tidak mahu terima.........Inilah jadinya...banyak sangat berpolitik...

UPSR - PMR - SPM?

Banyak pihak telah memberikan pelbagai cadangan dan pendapat berhubung transformasi dunia pendidikan yang telah dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini yang menyentuh tentang kedudukan peperiksaan awam UPSR, PMR dan SPM. Banyak idea yang bernas telah dilontarkan oleh pihak-pihak berkenaan yang mahu melihat dunia pendidikan negara diperkasakan supaya mampu melahirkan warga yang mampu bersaing di peringkat global pada masa yang akan datang. Kendati pun begitu ada juga beberapa idea dan pendapat yang lebih menjurus kepada fikiran "singkat" atau lebih tepat lagi berunsurkan emosional - cuba menangguk di air keruh hendak melepaskan geram kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pendidikan negara. Dalam kita memperkatakan tentang dunia pendidikan yang menjadi instrumen asas menentukan kejayaan pembangunan negara, setiap idea, cadangan dan pendapat hendaklah berpijak di bumi nyata supaya transformasi yang ingin dilaksanakan oleh KPM benar-benar bermanfaat kepada setiap generasi dan pembinaan negara untuk jangka masa panjang. Peperiksaan awam yang dilihat terlalu "membebankan" pelajar (sudah pasti sekolah dan guru) selain daripada "merimaskan" ibu bapa kerana setiap pelajar diukur kecemerlangan mereka daripada berapa banyak A yang diperolehi pelajar. Terlalu berorientasikan peperiksaan sehinggakan pemupukan jati diri dan pengukuhan sahsiah pelajar seolah-olah "dikesampingkan" atau lebih tepat lagi tidak menjadi matlamat utama. Maka jadilah situasi di mana setiap pelajar hanya memikirkan perlunya banyak A dalam mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan. Apa perlunya kita terlalu menekankan bilangan A tersebut? Adakah dalam dunia pendidikan realiti negara pada hari ini lebih banyak A melambangkan lebih hebatnya seseorang pelajar itu? Jika perlu, KPM harus berani mentransformasikan sistem peperiksaan awam supaya menjadi lebih mesra pelajar dan membuktikan demokrasi dalam pendidikan diberikan kepada setiap pelajar. Kita menyokong penuh usaha KPM yang ingin membuat transformasi peperiksaan awam. Jangan lupa pula dengan UPSR... Sehingga kini persoalan sejauh manakah korelasi mata pelajaran peperiksaan UPSR benar-benar menggambarkan memenuhi syarat keperluan pelajar untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh. Terdapat juga kelas rancangan khas di sekolah yang ditetapkan sama ada RKA dan RK Sains. Yang peliknya, tiadakah pegawai yang cerdik pandai, bijaksana dan bijaksini yang duduk di KPM perasan bagaimanakah seseorang pelajar boleh menyambung pelajarannya di RK Agama sedangkan tidak ada mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran peperiksaan UPSR. Apakah kriteria yang digunakan untuk menguji pelajar ke RKA berdasarkan UPSR. Sepatutnya, untuk membugarkan RK Agama, mata pelajaran Pendidikan Islam hendaklah dijadikan mata pelajaran peperiksaan dalam UPSR. Kalau nak buat bukannya susah...

Sunday, July 19, 2009

PPSMI DAH JADI ISU LAIN

TPM yang juga Menteri Pelajaran sebelum prk Manik Urai telah mengesahkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan mulai tahun 2012. Sebelum ini banyak pihak yang telah memberikan pandangan, cadangan dan tidak kurang juga cemuhan, sindiran, kutukan dan bermacam-macam lagi mengenai isu ini. Ada pihak yang tegas menuntut dimansuhkan sahaja, seolah-olah mereka pulak yang menjadi decision-maker dalam pentadbiran negara. Terdapat juga beberapa puak yang menangguk di air keruh menjadikan isu PPSMI sebagai political mileage kepada parti politik mereka. Golongan ini juga merupakan desperado politik yang tidak sudah-sudah mengutuk dan memperlekeh usaha dan dasar kerajaan. Mungkin hendak berlatih atau warm-up menjadi kerajaan sebab itu segala komen dan kritikan tidak ada yang baik tentang kerajaan. Ruangan surat pembaca dalam surat khabar tempatan jangan kiralah... Berbagai-bagai komen, cadangan, pendapat dan tidak terkecuali sindiran yang dilontarkan. Banyak juga pendapat yang bernas yang boleh dipertimbangkan dan dijadikan panduan demi masa hadapan pelajar generasi muda hari ini yang menjadi tonggak pemerintahan negara pada masa hadapan. Tetapi banyak juga idea sampah yang disampaikan...sampai mengutuk rapat Tun Dr.M kerana memperkenalkan PPSMI dahulu. Golongan idea sampah inilah yang boleh menjadikan situasi politik negara sedikit berkocak. Kemudian, apabila TPM umumkan PPSMI dimansuhkan pada tahun 2012... lain pulak jadinya. Ada yang mencabar seolah-olah mengapa tidak dimansuhkan sahaja sekarang? Bodoh dan dangkal punya idea sampah puak ini. Takkanlah dasar yang begitu besar ini hendak dimansuhkan serta-merta? Apa akan jadi kepada pelajar yang telah membiasakan diri dengan PPSMI? Bagaimana pula dengan prasarana ICT pendidikan yang telah dibekalkan kepada sekolah-sekolah? Dan, jangan lupa bagaimana pulak nasib guru-guru yang menerima elaun BISP (walaupun ada yang mengajar gitu-gitu aja... ni juga satu masalah yang menyebabkan PPSMI tidak berapa berjaya...duit BISP pulun...mengajar ala kadar aja dengan beri alasan tak berapa pandai guna BI... ada segelintir puak ini malas nak tingkatkan keupayaan diri) Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat macam mana perkembangan seterusnya. Kalau dan ditetapkan mansuh 2012...tunggu ajalah. Kemudian, KPM berjanji akan meneruskan usaha memperkasa mata pelajaran BI. Ini juga bagus. Tetapi jangan cakap sahaja berdegar-degar. Kalau nak tingkatkan mp BI, buat betul-betul. Jangan hari ini bukan main cakap dasar itu, dasar ini, usaha sana, usaha sini. Last-last apa pun lebih kurang begitu sahaja. Guru BI entah ke mana, budak sekolah cakap BI pun lebih kurang sengau itik serati, habis sahaja duit sediakan prasarana, gunanya tidak sepenuhnya...Kalau dah betul-betul nak improve BI, buat betul-betul, pulun betul-betul. Kalau patut dijadikan syarat wajib lulus dalam SPM, kuatkuasa betul-betul. Jangan hari ini bukan main nak buat... Esok-esok jadi suam-suam kuku kemudian habis sejuk bedi macam hidung kucing. Perkara yang elok dan baik untuk masa hadapan negara memang aku sokong sepenuhnya. Lagi pun, bukan setakat BI sahaja harus ditingkatkan dan diwajibkan. Pelajar Melayu sepatutnya diwajibkan mempelajari mata pelajaran bahasa tambahan wajib sama ada Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil. Hidup TPM, hidup KPM, hidup UMNO, hidup BN. Hidup 1Malaysia.

Thursday, July 16, 2009

MANIK URAI - 65 VOTES

What we can say with the Manik Urai by-election result? Both UMNO and PAS had their reasons (normal thing when win or defeat). What all this reasons can influence people's mind and action in the future? UMNO says the result show a sign the people are beginning to warm up PM. It's sounds good. With PAS narrow win and severely-reduced majority carry the meaning that PAS losing its grip in the Kelantan it has been governing for the past 19 years. Anyway congratulation to Mohd Fauzi Abdullah (PAS) as new ADUN for Manik Urai. Hopefully MFA keep his and his party words ti the Manik Urai people. For the next few years all people want to see the development of course in various fields which had promised to people become reality. From that we can say and endorse that PAS really "cakap serupa bikin" as they strongly shout that this party survive for duniawi and ukhrawi. For UMNO and BN - we hope all leaders and supporters including people of Manik Urai be united and serve for rakyat.

Sunday, July 12, 2009

Manek Urai, Kelate

14 Julai - hari mengundi bagi Manek Urai. Semua pengundi yang layak mengundi pada prk kali ini diucapkan selamat mengundi. Gunakanlah kuasa rakyat di tangan anda dengan bijaksana demi masa depan generasi hari ini. Semoga pilihan anda tepat dan menaruh keyakinan yang sepenuh-penuhnya kepada pilihan tersebut di mana mereka yang anda pilih mampu membawa pembangunan fizikal dan kerohanian. Bukan calon pilihan anda yang akan membawa pembangunan tetapi kerajaan yang menyokong calon tersebut. Apa-apa pun pilihan bijak di tangan anda. Selamat mengundi ... Gunakanlah kebijaksaan nurani anda bukannya emosi.

Friday, July 10, 2009

EPOL BUDAK NAKAL

NI SI EPOL ANAK RAZAK...DENGAR CERITA DAH SEMAKIN NAKAL SEBAB SELALU SANGAT KELUAR MALAM DENGAN NADIA... HANCUR BEBUDAK SEKARANG INI. SPM DAH DEKAT BELAJAR MALAS...

ISU MB PERAK

Sudah baca Sinar Harian Edisi Perak hari ini 10 Julai 2009? Menurut SH EP Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan secepat mungkin. Berapa cepat? 1 hari? 1 minggu? 1 bulan? 1 tahun? Tungguuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!! Harap mahkamah akan dapat memutuskan dengan bijaksana kerana hakim memang orang yang arif dan bijaksana. Selepas keputusan mahkamah dikeluarkan pasti ada pula puak yang tidak berpuas hati. Nampaknya isu MB Perak sudah menjadi "musical chair". Tak faham apa sudah jadi sekarang? Budak-budak tadika pun sudah bijak..Tak malu ke yeop?

Thursday, July 9, 2009

tali pinggang


Kat gerai ni aku beli tali pinggang ...

PPSMI dan Manek Urai, Kelate

Keputusan PPSMI dimansuhkan mulai 2012 dan prk Manek Urai. Apakah perkaitannya? Jawab yop jawab...

Kursus makan sedap

Pak cik velu dan geng....
Pi tidur....

Manek Urai, Kelate

Selamat mengundi.... Undi jangan tak undi... Siapa la yang menang nanti? Mereka dan keluarga mereka!!!

1Malaysia

Konsep gagasan 1Malaysia telah diutarakan oleh YAB Perdana Menteri. 1Malaysia fokus terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Hasrat yang baik, matlamat yang benar-benar ingin memastikan entiti perpaduan sebagai pelindung kedaulatan negara. Sejauh mana rakyat memahami? Pemimpin negara terutamanya YB Ahli Parlimen (terutamanya BN) harus memahami lebih mendalam konsep ini dan menyebarluaskan atau dengan kata lain "merakyatkan" 1Malaysia. Berapa ramai YB berkenaan ada "merakyatkan" konsep 1Malaysia ini? Agaknya mungkin segelintir daripada mereka pun masih kurang faham konsep 1Malaysia ini. Mainkan peranan dengan lebih bijak dan berkesan bagi memastikan segenap lapisan masyarakat dapat memahami konsep 1Malaysia ini supaya akhirnya matlamat perpaduan dan integrasi nasional tercapai.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

Menteri Pelajaran mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan mulai tahun 2012. Punya la lama berfikir dan berbincang dengan think-tank baru dapat buat keputusan. Kartun sungguh la.... Semasa nak memperkenalkkannya dahulu tak payah pulak pening kepala berbincang dengan grassroot pendidikan. La ni dah jadi macam ni banyak sangat la suara-suara sumbang beri pendapat dan ada juga yang mengutuk... Sabar ajalah YAB Menteri Pelajaran. Asalkan keputusan yang dibuat baik demi masa depan negara kami sokong sepenuhnya. Hidup Malaysia.

Pertama

Pening kepala aku.