Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT DATANG 2010

MENJELANG 2010...
ANY COMMENT???

Saturday, December 19, 2009

SIKAP MP BN

BERITA HARIAN SABTU 19 DISEMBER 2009 MELAPORKAN "NAJIB KECEWA YB TAK DATANG SIDANG DEWAN" :
RESPONS DARIPADA BERITA INI :
SETELAH MENELITI SETIAP PATAH PERKATAAN DALAM PETIKAN BERITA TERSEBUT, KITA RASA KECEWA SEPERTI MANA YANG DIRASAI YAB PM. PERKARA INI MEMANG SERIUS DAN SEPATUTNYA SETIAP MP BN PERLU MUHASABAH DIRI SUPAYA PERKARA YANG SEUMPAMA INI TIDAK AKAN BERLAKU LAGI PADA MASA YANG AKAN DATANG. MP BN YANG TIDAK HADIR HARI SESI MELULUSKAN BAJET 2010 MESTI DIPANGGIL DAN MENUNJUKKAN SEBAB KETIDAKHADIRAN MEREKA. SENARAIKAN DALAM AKHBAR NAMA-NAMA MP BN YANG TIDAK HADIR KETIKA ITU BESERTA SEBAB TIDAK HADIR SAMA ADA TERPAKSA MENGHADIRI MAJLIS RASMI ATAU SEBAB-SEBAB LAIN. SEKIRANYA MP BN MEMAHAMI BETAPA PENTINGNYA BAJET 2010 ITU DILULUSKAN DAN IMPLIKASI DARI SEGI PERLEMBAGAAN SEKIRANYA BAJET 2010 TIDAK DAPAT DILULUSKAN SUDAH PASTI MASALAH KETIDAKHADIRAN MP BN TIDAK AKAN BERLAKU. ADAKAH MP BN MEMAHAMI IMPLIKASI KETIDAKHADIRAN MEREKA? SEKIRANYA TIDAK TAHU...MEMANG BANGANGLAH MP BERKENAAN. SEKIRANYA TAHU DAN MASIH TIDAK SERIUS UNTUK HADIR..MAKA BERTAMBAHLAH BANGANG MP BERKENAAN. PELIK DAN KECEWA. MENGAPA BODOH BENAR MP BERKENAAN? SENGAJA TIDAK HADIR ATAU ADA UDANG DI SEBALIK BATU. SEKIRANYA TELAH DIPILIH OLEH RAKYAT, MAKA JALANKANLAH KEWAJIPAN TERSEBUT DEMI RAKYAT. ADAKAH SUSAH BERADA DI DALAM DR SEHINGGA SESI BERKENAAN TAMAT. JIKA SUSAH SANGAT MENGAPA SANGGUP MENJADI MP. JANGANLAH TERIKUT-IKUT DENGAN RENTAK PEMBANGKANG. DI MANA LETAKNYA PATRIOTISME SEBAGAI MP BN YANG MEMBELA RAKYAT? INGAT SUKA-SUKA DUDUK DALAM DR? DIHARAPKAN SELEPAS INI MP BN JANGANLAH BERFIKIRAN DAN BERTINDAKAN BODOH, BANGANG DAN TOLOL DENGAN MEMBERIKAN PELUANG TIPIS KEPADA PEMBANGKANG. ELOK SAJA MP BN YANG BANGANG ITU TIDAK PERLU DICALONKAN SEMULA DALAM NEXT GENERAL ELECTION. BIAR MEREKA BERINGAT-INGAT SIKIT, MENJADI MP INI UNTUK MEMBELA RAKYAT. KALAU SIKAP SEPERTI INI MASIH TIDAK BERUBAH, SUSAHLAH BN HENDAK MENANG MAJORITI IN THE NEXT GENERAL ELECTION. HOPEFULLY, YAB PM DAN YAB TPM TEGAS TERHADAP MP BN YANG BERKENAAN.

Sunday, December 6, 2009

PERKEMBANGAN POLITIK NEGARA TERKINI

SENARIO POLITIK DI PERAK NAMPAKNYA BELUM ADA PENGHUJUNGNYA. PR YANG MENDAKWA KONONNYA MASIH MENDAPAT MAJORITI KEPERCAYAAN PENGUNDI PERAK TIDAK HABIS-HABIS MAHUKAN DUN PERAK DIBUBARKAN DAN DIADAKAN PILIHAN RAYA SEMULA. PAS ATAU DAP ATAU PKR YANG BERIA-IA MAHUKAN DUN DIBUBARKAN? TIDAKKAH ADUN PARTI-PARTI BERKENAAN TELAH MEMIKIRKAN PERKARA INI SEDALAM-DALAMNNYA MENGAPA DUN PERLU DIBUBARKAN? SIAPAKAH YANG AKAN MENGAUT LABA JIKA DUN DIBUBARKAN? SUDAHKAH MEREKA MENTAFSIRKAN SEDALAM-DALAMNYA NIAT RAKAN POLITIK MEREKA? KISAHNYA SUDAH MACAM KEMARUK KUASA DAN GILAKAN KUASA. BENAR-BENARKAH MEREKA AKAN MEMBELA KEPENTINGAN RAKYAT? ASYIK BERPOLITIK DAN BERCERAMAH DI SANA-SINI MENEGAKKAN BENANG BASAH DAN LAGU POLITIK LAPUK TIDAK HABIS-HABIS... BEGINILAH CARANYA ORANG GILA KUASA DAN KEMARUKKAN JAWATAN. KEPADA BARISAN NASIONAL PERAK YANG SEDANG MEMERINTAH, BERINGAT-INGATLAH KUASA RAKYAT AKAN MENENTUKAN KEKAL ATAU TIDAK MEMERINTAH. GUNAKANLAH KESEMPATAN INI UNTUK MEYAKINKAN RAKYAT BAHAWA POLITIK PEMBANGUNAN YANG DIBAWA OLEH BN BENAR-BENAR BERMANFAAT KEPADA RAKYAT JELATA. BERHATI-HATILAH DENGAN PERMAINAN POLITIK KOTOR SEBAHAGIAN ADUN PR YANG PEPAT DI HUJUNG RENCONG DI DALAM. INGATILAH SEJARAH PERJUANGAN BANGSA MENUNTUT KEMERDEKAAN DAHULU. BERJAGA-JAGALAH JANGAN SAMPAI MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI. PIHAK YANG SENGAJA MEMAINKAN ISU SENSITIF DAN HAK PERLEMBAGAAN TERMASUK KUASA SULTAN HENDAKLAH BERINGAT-INGAT... JANGAN CUBA MEMAINKAN ISU YANG BOLEH MENGERUHKAN LAGI IKLIM POLITIK NEGARA INI. HAYATILAH PERLEMBAGAAN NEGARA DAN CUBALAH BELAJAR MENJADI WAKIL RAKYAT TULEN.

SANDIWARA POLITIK MCA BUKANNYA BERLAKU SECARA KEBETULAN. INI JUGA HARUS DIBERI PERHATIAN. BERINGAT-INGATLAH... PERMAINAN POLITIK MEREKA BUKANNYA TIDAK BOLEH DISELESAIKAN. SENGAJA MAHU MENCETUSKAN ISU YANG LAIN. KEPADA PEMIMPIN POLITIK MELAYU - ISLAM, INGAT-INGATLAH SANDIWARA INI. TIADA PEMENANG ATAU TIADA YANG KALAH DALAM SANDIWARA POLITIK MCA. KEMUNGKINAN TEMPIASNYA AKAN TERKENA KEPADA BUMIPUTERA. BENARKAH DAP MEMUSUHI MCA? JANGAN TERIKUT-IKUT DENGAN RENTAK POLITIK BODOH PARTI-PARTI INI... KELAK, UMNO YANG RUGI.

Wednesday, September 23, 2009

PRK BAGAN PINANG NEGERI SEMBILAN

PRK LAGI DI DUN BAGAN PINANG. SIAPA CALON BN? ORANG LAMA ATAU ORANG BARU? ORANG MUDA ATAU ORANG VETERAN? BN MAHU MENANG ATAU MAHU KALAH? MAHU MENANG KERUSI ATAU MAHU MENANG MORAL? ATAU MAHU MENANG KERUSI DAN MENANG MORAL? MANTAN PM DATO' SERI DR MAHATHIR PUNYA IDEA MEMANG BAGUS. TIADA GUNA MENANG DI DUN BAGAN PINANG TAPI KALAH DI PARLIMEN DALAM NEXT GENERAL ELECTION. SO.... PEMIMPIN TERTINGGI UMNO DAN BN MESTI LETAK CALON ORANG BARU, ORANG MUDA, BERSIH. BUKAN SETAKAT BERSIH TETAPI MESTI KELIHATAN BERSIH. TAK ADA GUNA AMBIL CALON KITAR SEMULA. KALAU DAH PERNAH MENJADI WAKIL RAKYAT SELEPAS ITU REHAT SEKEJAP, BUAT APA PULAK NAK BERTANDING LAGI. SEPATUTNYA TAK PERLU JUGAK ORANG INI DICALONKAN DALAM SENARAI AKHIR PUN. CALONKAN SAHAJA MEREKA YANG BELUM PERNAH MENJADI WAKIL RAKYAT. MEREKA YANG MUDA DAN MASIH BERSIH. ASYIK-ASYIK MUKA ORANG LAMA. SELERA PENGUNDI MUDA MESTI DIAMBIL KIRA... YANG SUDAH MERASA MENJADI WAKIL RAKYAT TIGA ATAU EMPAT PENGGAL SUDAH-SUDAHLAH TU... DAH BANYAK KERUSI BN TERLEPAS KE TANGAN PEMBANGKANG. YANG VETERAN DAN BANYAK "KERENAH" DAN BANYAK "ISU PANAS" TU SUDAH-SUDAHLAH. BERILAH PELUANG KEPADA MUKA BARU. DAN BERKEMPENLAH UNTUK CALON MUKA BARU SUPAYA MEREKA MENANG. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI. TAKKAHLAH ORANG LAMA HENDAK MENONGKAT DUNIA SAMPAI AKHIR HAYAT. INGAT-INGATLAH SIKIT MASA HADAPAN UMNO DAN BN LEBIH PENTING DARIPADA KREDIT DIRI SENDIRI.

SALAM AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia. Semoga hari raya pada kali ini dirayakan dengan lebih meriah penuh kesyukuran atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.

Sunday, September 13, 2009

MIC : Tahniah

Tahniah Datuk Seri Sammy Vellu mengekalkan jawatan sebagai Presiden MIC. Menang tanpa bertanding mungkin merupakan aspirasi majoriti kaum India masih percaya akan kredibiliti Datuk Seri menerajui parti terbesar dan paling berjasa kepada kaum India di Malaysia.
Tahniah Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Presiden - yang terpaksa juga bertanding tiga penjuru. Kejayaan Datuk Timbalan Presiden juga merupakan hasrat majoriti kaum INdia yang mahukan Datuk berganding bahu dengan Datuk Seri Presiden memajukan kaum India.
Tahniah kepada 3 Naib Presiden - Datuk Dr S Subramaniam, Datuk SK Devamany dan Datuk M Saravanan. The Big 5 MIC diharapkan dapat mengukuhkan semula keyakinan kaum India supaya terus menyokong Barisan Nasional Malaysia ke arah pemerintahan yang lebih mantap demi kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatan negara: Diharapkan seluruh kepimpinan MIC menelusuri semula sejarah penubuhan MIC sejak tahun 1946 dalam konteks perjuangan parti ini demi kebajikan kaum India. Janganlah wujudnya kekeliruan sejarah penubuhan MIC kerana sekiranya dihayati dengan ikhlas dan mendalam bahawa pembentukan negara MALAYSIA pada hari ini lebih kepada persetujuan kontrak sosial antara 3 kaum terbesar - MELAYU, CINA DAN INDIA. Justeru, keyakinan rakyat terhadap UMNO, MCA dan MIC yang mampu mempertahankan kontrak sosial ini jangan cuba dicalar. Sementara segenap lapisan rakyat masih percaya akan keutuhan BN Malaysia, buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh. Pemimpin politik hendaklah menjadi "hamba yang setia" kepada rakyat. Jatuh bangun ahli politik ditentukan oleh rakyat. Dengarlah denyut nadi aspirasi dan kehendak rakyat. Semoga barisan kepimpinan MIC mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat bukan sahaja kaum India malahan semua rakyat berbilang kaum di Malaysia. Transformasi drastik sangat perlu dilakukan untuk memenangi semula hati rakyat. Dengan kesepaduan dan keutuhan pasukan kepimpinan MIC baru ini rakyat dapat menilai sejauh mana parti boleh mempertahankan rakyat dengan menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia dan menghayati sepenuhnya Rukun Negara.
Tahniah sekali lagi kepada barisan kepimpinan MIC. Berjuanglah dan berkhidmatlah untuk seluruh rakyat Malaysia. Hidup Malaysia!!! Daulat Tuanku!!! Satu Malaysia!!!

Wednesday, September 9, 2009

PRK DUN BAGAN PINANG N9

PRK lagi. Kali ini di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Berpesta sakanlah lagi nampaknya - parti, calon, penyokong dan pengundi... Sudah pasti DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan antara BN (UMNO) dengan PAS. Belum lagi hari mengundi sudah terdengar berbagai-bagai "suara" dan "lagu yang didendangkan. Pertama, pertarungan antara siapa dengan siapa. BN sudah pasti akan meletakkan calon dari UMNO. Siapa tandingannya? Mungkinkah PAS, atau PRK atau Bebas? Jika ada ramai calon Bebas, itu lebih baik. So, sesiapa yang berhajat ingin bertanding, inilah masanya. Masuk bertanding. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...Manalah tahu... dalam keadaan begini, rakyat beralih angin kepada Bebas pula...So...silalah bertanding. Yang paling seronok didengar ialah siapa calon UMNO. Ada dua tiga kenyataan yang dibuat inginkan calon orang lama dalam UMNO. Pernah memegang jawatan tinggi dalam parti dan di kerajaan negeri. Aduh...pening kepala cadangan bodoh macam ini. Siapalah mangkuk hayun yang mencadangkan calon lama ini??? Sekarang tahun 2009. Bukannya 1989 atau 1999. Sudah tidak adalah calon pelapis UMNO??? Sudah tiadakah orang muda dalam UMNO? Mengapa UMNO mesti mengharapkan calon "kitar semula"? Apalah susah sangat nak cari calon. Calonkan sahaja mana-mana ketua cawangan UMNO yang dirasakan boleh memikul tanggungjawab kepada rakyat. Kalaulah calon "kitar semula" yang menjadi pertaruhan, percayalah bungkus BN... Calon lama dah puas memegang jawatan. Apa lagi yang mahu direbutkan??? Pihak pembangkang berderet-deret calon profesional yang muda : walaupun belum matang dalam sepak terajang dunia politik Malaysia, tetapi harus diingat siapa yang akan mengundi mereka? Bagaimana profil pengundi? Ramai pengundi veteran atau pengundi muda? Sekarang sudah ada trend baru. Alaf baru, angin pun baru...Jika mahu bersaing lebih hebat, letak calon baru, calon yang lebih muda, lebih energetik, yang boleh membawa aspirasi rakyat generasi baru. Yang dah lama tu...sudah-sudahlah. Semoga pucuk pimpinan tertinggi UMNO dapat memilih calon baru, yang lebih muda, lebih mengancam, lebih profesional, lebih berwibawa, masih bersih daripada skandal dan hal-hal mengarut dalam parti dan sebagainya. Jangan diikutkan sangat "teriakan" satu dua kelompok golongan veteran tu. Saja jer nak test power. Kalau sayangkan UMNO, sayangkan parti, berjuanglah membantu golongan muda dalam UMNO untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Melayu - Islam. Ayuh, Khairy Jamaluddin, risik-risiklah calon muda yang lebih berpotensi dan lebih power....

Tuesday, August 25, 2009

N11 : PRK PERMATANG PASIR

Selamat mengundi kepada semua pengundi DUN N11 Permatang Pasir. Semoga Allah SWT menggerakkan hati anda supaya mengundi calon yang diredhaiNya. Pilihan di tangan pengundi. Mengundilah dengan bijak demi masa hadapan generasi muda hari ini supaya mereka meneruskan perjuangan pembangunan demi bangsa, agama dan watan tercinta. Tolak calon yang cakap tidak serupa bikin...Perjuangan Melayu - Islam adalah perjuangan membangunkan duniawi dan ukhrawi....

Saturday, August 8, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Peringatan kepada mereka yang lupa. 7 wasiat tersebut jelas dimaktubkan dalam perlembagaan negara. Puak mana yang cuba mempertikaikan perkara tersebut??? Menyedihkan!!! Segelintir puak yang dahagakan kuasa dan pengaruh cuba putar belitkan fakta sebenar. DAULAT TUANKU : Kebijaksanaan dan ketegasan Tuanku sangat perlu bagi menyedarkan puak yang cuba-cuba menutup mata hakikat sebenar fakta sejarah tersebut. Beringat-ingatlah umat Melayu yang lain. Puak yang cuba baling batu sembunyi tangan ini rupa sahaja Melayu tetapi mempunyai hati yang begitu busuk...nafsu yang begitu serakah...keinginan berkuasa melampau...bertopengkan demokrasi dan agama Islam bagi memenuhi keinginan dan matlamat politik mereka. Puak ini memang bahlul pemikiran dangkal pertimbangan...Mahu kuasa punya pasal sanggup buat apa sahaja hatta perkara tersebut salah dari segi perlembagaan dan status quo. Rakyat yang menyokong puak ini perlu bertanggungjawab kerana dengan sokongan yang mem"khinzir" buta menyebabkan puak ini semakin hari semakin kuat "melatah" dan semaking meningkat "gila meroyan" hatta "gila talak" sekali pun. Tak habis-habis pusing keliling Malaya mencanang isu yang entah apa-apa banyak isu berbau "taik kucing"..... Puak yang tidak dapat menerima hakikat menang atau kalah dalam pertarungan pilihan raya adalah perkara biasa. Tengin punya orang...bodoh mangkuk ayun...

MESTI TONTON : Sandiwara PR Selangor

Seluruh rakyat Malaysia boleh menonton sandiwara purba terbaru daripada PR Selangor!!!!
Produser : PR Motion Sdn. Bhd. Director : Tan Sri Khalud Iberahim. Penolong Pengarah : To to ny Puaaaaa. Cameraman : Hasanul Alina. Pelakon Handalan : Ron ron Liuuu. Sinopsis : Putera Monyet "mencuri" beer di kedai 8Eleven. Kemudian bapak putera monyet suruh pulangkan balik sebab orang punya. Lagi pun monyet bukannya boleh minum beer. Adik beradik putera monyet yang lain marahlah sebab tak dapat rasa beer free. Akhirnya bergaduhlah adik beradik monyet tu...Lepas tu.. lepas tu tunggulah sandiwara purba part 2....

Thursday, August 6, 2009

PAKATAN RAKYAT : Pemimpin Berbeza Pandangan?

Apakah perbezaan pandangan memang wujud antara pemimpin PR yang memerintah Selangor? Salah seorang Wakil Rakyat PR telah mengarahkan pegawai PBT memulangkan semula arak yang dirampas manakala seorang Wakil Rakyat PR (dari parti lain yang sama-sama bergabung dalam PR) membantah tindakannya. Adakah ini benar-benar terjadi atau sandiwara "purba"? Akhbar tempatan ada mengulas perkara ini. Persoalan yang mesti difikirkan ialah : (Pertama) Mengapa wujud perbezaan pendapat yang menyentuh bidang tugas pentadbiran ini? Selama ini PR telah "menggula-gulakan" rakyat bahawa mereka sebagai alternatif kepada BN. Rupa-rupanya "gula-gula" itu telah menjadi penyebab kepada "kencing manis" pentadbiran negeri. (Kedua) Tindakan salah seorang Wakil Rakyat yang lain menegur Wakil Rakyat yang "rakus" tadi memang patut dipuji...Sekurang-kurangnya beliau nampak melihat "the true colours" rakan-rakannya dalam PR. Nak buat macam mana... Nak berbaik-baik dengan UMNO tak boleh sebab UMNO teruk dibelasah oleh puak mereka kononnya keji, buruk hatta sebelum ini melabelkan "kafir"... Sekarang macam mana? Ghairah sangat nak "bersahabat" dengan mereka yang bukan sahaja jahil tentang agama Islam malahan cuba nak "mencucuk" jarum kesucian Islam... Hah...padan muka. Takbur sangat mengata UMNO "kafir" sekarang.... telan baliklah bro..... (Ketiga) MB Selangor arah wakil rakyat berkenaan tutup mulut. Kenapa??? Langkah pencegahan H1N1 ke? Buntut tak mahu tutup ke??? Teguran daripada rakan Wakil Rakyat yang lain bukan soalan arak sebenarnya. Mauduk utama ialah : INTEGRITI... Mana integriti Wakil Rakyat??? Baru dapat kuasa sudah kemaruk ka??? Seluruh badan gatal sebab kuasa ini "panas". Tergaru sana tergaru sini. Serupa "beruk kena belacan".... Ingat sikitlah.... Wakil Rakyat tu kerjanya apa??? Semua mahu "kebas" ka??? (TERPENTING) Kepada seluruh rakyat : fikir-fikirkanlah...apa sudah jadi ini? Kalau lama memerintah macam mana pulak jadinya... Cukuplah tu. Jangan kasi lagi kuasa memerintah kepada mereka yang tidak ikhlas dan jujur terhadap tanggungjawab. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis golongan ini. Jika kita masih tak sedar....tak taulah....

Monday, August 3, 2009

BUBAR DUN PERAK : TAK HABIS-HABIS LAGI KE?

Sinar Harian Edisi Perak Isnin 3 Ogos 2009 melaporkan di halaman P10 Himpunan Bubar Dun Capai Sasaran di Kerian. 5000 pemuda dari seluruh Perak dilaporkan hadir. INI APA KE BENDANYA LAGI NIH??? TAK HABIS-HABIS DENGAN BENDA INI BILA LA MEREKA NAK BUAT KERJA UNTUK RAKYAT? APAKAH DENGAN KEMPEN ATAU ROADSHOW INI ADALAH SATU KERJA ATAU IBADAH ATAU SEDEKAH JARIAH KEPADA RAKYAT PERAK? TAK PAHAM BETUL LA...DARI SEBELUM MEMERINTAH SEHINGGA DAH HILANG KUASA MEMERINTAH TAK ADA KERJA LAIN...DULU BERCERAMAH...DAH MEMERINTAH BERCERAMAH...DAH TIDAK MEMERINTAH BERCERAMAH...SAMPAI BILA??? DALAM RUANG KOTAK FIKIR TAK ADA KAH PERKARA YANG LEBIH BERFAEDAH UNTUK RAKYAT? BUKANKAH LEBIH BAIK MENJADI CHECK AND BALANCE TERHADAP PEMERINTAHAN BN PERAK SEKARANG INI??? PERGILAH KE SERATA PELOSOK NEGERI PERAK MELIHAT KEKURANGAN ATAU KELEMAHAN YANG MANA PATUT DIPERBAIKI OLEH KERAJAAN PERAK SEKARANG. PERGILAH MELAWAT DI KAWASAN BANDAR ATAU KAWASAN DESA HATTA KE PERKAMPUNGAN PEDALAMAN SEKALI PUN... KALAH DAH ASYIK NAK BUBAR...NAK BUBAR...NAK BUBAR...BILA NAK BUBAR??? CAKAP GENDANG TONG KOSONG APA KE HALNYA. DAH BERI MAHKAMAH PUTUSKAN MASIH TAK PUAS HATI. DAH KAJI SEGALA PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK TAPI TAK BOLEH PAHAM-PAHAM LAGI KE? INI SEMUANYA MENGARUT. BUAT LE KERJA YANG BERHEMAH SIKIT. APA PULAK YANG BERIA-IA NAK BUBAR DUN TU PASAL APA??? INSAFLAH SIKIT...KUASA DI TANGAN RAKYAT. TUNGGU AJALAH PRU KE-13. KALAU DIREDHAI ALLAH DAPATLAH BERKUASA SEMULA. INI DAH JADI KES MAIN ACI-ACI PULAK...PEMAINNYA PULAK BUKAN BUDAK-BUDAK PRASEKOLAH...AHLI POLITIK YEOP!!! WAKIL RAKYAT PULAK TU!!!MENTALITI KELAS KETIGA...OUT...KOMAN BEBENOR. DAH TAK ADA RUANG UNTUK BERFIKIR SECARA RASIONAL. SEMUA ORANG DIANGGAP TAK BETUL... SEHINGGAKAN BOLEH PERTIKAI HAK PREROGATIF TUANKU SULTAN... INGAT SEMUA RAKYAT PERAK NIH "TENGIN" KE??? UDAH-UDAHLAH TU...BUAT APA NAK PILIH BERFIKIR BANGANG DAN BUAT KERJA BANGANG??? SEKARANG MASA UNTUK MEMAJUKAN NEGERI PERAK BUKAN NAK BUAT ROADSHOW SANA ROADSHOW SINI... TENGIN PUNYA ORANG!!!!!!

Sunday, August 2, 2009

DEMONSTRASI : Budaya Baru

Demonstrasi sudah menjadi "budaya" baru dalam masyarakat sejak akhir-akhir ini. Ia seolah-olah telah dijadikan modus operandi kepada pihak tertentu bagi menyuarakan hasrat dan isi hati mereka terhadap pihak yang lain. Menyuarakan sesuatu untuk kebaikan sangat baik. Apatah lagi untuk membela hak dan kepentingan rakyat yang semakin terhakis. Namun, pendekatan secara demonstrasi tanpa diiringi dengan pemikiran yang waras bukanlah satu pilihan bijak. Ironinya, mereka yang telah dipujuk untuk menyertai demonstrasi bagi mencapai matlamat politik satu-satu pihak amat mudah dibakar semangatnya tanpa memikirkan kesan demonstrasi kepada pihak lain termasuk orang awam yang tidak ada kena mengena dengan perjuangan pihak-pihak tertentu. Kepada golongan yang suka menjadikan demonstrasi sebagai "kuda tunggangan" dan menjadikan rakyat sebagai "tali kekang" beringat-ingatlah!!! Janganlah dimainkan sentimen golongan tertentu untuk menyertai demonstrasi yang semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu untuk berkuasa. Dalam negara Malaysia yang kita percaya masih berpegang kuat kepada amalan demokrasi, demonstrasi bukanlah pilihan sebenarnya. Medan pilihan raya hendaklah dijadikan platform bagi memperjuangkan matlamat politik. Kepada pemimpin politik yang suka sangat memilih jalan menjadikan demonstrasi sebagai "cara" atau "pendekatan" untuk menekan pihak kerajaan - lupakanlah cara ini. Kelak, apabila kita berkuasa, golongan lain pula akan menjadikan demonstrasi untuk menjatuhkan kita. Ingatlah...hidup ini umpama putaran roda. Apa yang kita lakukan kepada orang lain, kelak orang lain lakukan perkara yang serupa kepada kita. Justeru, kepada rakyat Malaysia yang bijaksana dan cerdik belaka, berfikiran positiflah...Sekarang adalah masa untuk bersatu bersama-sama memajukan negara dan meningkatkan keupayaan negara dalam segala segi supaya Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan negara lain di dunia. Kalau asyik nak berdemonstrasi...sampai bila pun kita tidak akan maju...Fikiran menjadi semakin sempit, nafsu amarah semakin menguasai diri, kewarasan semakin menipis, tindakan semakin menjadi bodoh....Harap-harap golongan ulama (atau yang selalu mengaku dirinya ulama) tunggu apa lagi berikanlah pendapat (atau fatwa) tepatkah demonstrasi sebagai ajaran Islam?

Tuesday, July 28, 2009

ISU POLITIK PERAK : TAK HABIS-HABIS LAGI KE???

PENING KEPALA DENGAN SIKAP SEGELINTIR AHLI POLITIK [YANG SEMEMANGNYA CERDIK DAN BIJAKSANA] DI PERAK. MACAM-MACAM HAL. TAK HABIS-HABIS LAGI NAK BERPOLITIK. NAK BERTEKAK TENTANG HAK DAN DEMOKRASI. TAK ADA KERJA LAIN KE? SEKARANG MASA UNTUK BEKERJA DEMI PEMBANGUNAN NEGERI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. SUDAH-SUDAHLAH. TUNGGU AJA PRU 13. NDAK JUGAK JAWATAN. DAH KEMARUK KUASA KE? DAH BAWA KES KE MAHKAMAH MASIH LAGI MAU BISING-BISING. FIKIRKANLAH RAKYAT. RAKYAT MAHUKAN PEMBANGUNAN BUKANNYA NAK MELIHAT ACARA "DEBAT". KALAU ACARA DEBAT BAGUS TAK APALAH JUGAK. NI DEBAT DAN PERCAKARAN MACAM BUDAK-BUDAK. SEMUANYA GIMIK POLITIK NAK MERAIH PERHATIAN RAKYAT. INGAT RAKYAT NI TENGIN KE??? LANGSUNG TAK ADA STANDARD MENJADI AHLI POLITIK TARAF DUNIA. BERPOLITIK MACAM POLITIK KEDAI KOPI. TAK MALU KE PELAJARAN SAHAJA TINGGI TETAPI PEMIKIRAN MASIH RENDAH. MASING-MASING HANYA MAHU BERFIKIR DALAM LINGKUNGAN FIKIRANNYA SAHAJA. LANGSUNG TIDAK MENILAI PEMIKIRAN PIHAK YANG SATU LAGI. KALAU MACAM INI SAMPAI PRU 13 PUN TIDAK ADA PERUBAHAN. MUAK DENGAN PERANGAI SEGELINTIR AHLI POLITIK BEGINI. TENGIN...

H1N1?

SEHINGGA 27 JULAI 2009 DATA DI MALAYSIA MENUNJUKKAN 1,124 KES, 574 KES IMPORT, 550 KES TEMPATAN DAN MENCATATKAN 2 KEMATIAN. DI SELURUH DUNIA PULA 159,223 KES DENGAN 987 KEMATIAN. DI MALAYSIA TERDAPAT IPTA, SEKOLAH DAN KEM PLKN DITUTUP, PELAJAR DAN PELATIH DIKUARANTIN... USAHA PIHAK BERWAJIB "TO EDUCATE" RAKYAT MALAYSIA SUPAYA BERJAYA MENCEGAH PENULARAN H1N1 HENDAKLAH DILIPATKALIGANDAKAN... JIKA PATUT SUNTIKAN ANTIVIRAL DIBERI...KEMENTERIAN KESIHATAN BOLEH BERUSAHA DENGAN PELBAGAI CARA. BERIKANLAH SUBSIDI KEPADA MEREKA YANG PATUT SUPAYA LEBIH CEPAT USAHA PENCEGAHAN MENDATANGKAN HASIL...BERAPA SANGATLAH KOS SUNTIKAN ITU BERBANDING BETAPA PENTINGNYA NILAI KESIHATAN KEPADA SELURUH SEISI RAKYAT DI SELURUH PELOSOK NEGARA...FIKIR-FIKIRKANLAH DEMI KEPENTINGAN RAKYAT...

Wednesday, July 22, 2009

ASYIK BERPOLITIK - KERJA TERTANGGUH

Fed-up dengan gelagat orang politik pada hari ini. Sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi mentaliti masih di takuk lama. Dah habis pilihan raya masih lagi nak bercakap pasal parti dan mengecam parti lawan. Kalau adanya satu-satu perkara sensasi semuanya nak dipolitikkan. Sedarlah wahai ahli politik (termasuklah orang biasa yang lagak macam orang politik)...Lebih baiklah sekarang ni bekerjasama memberikan idea dan pendapat untuk memajukan negara dalam segala bidang. Masih banyak lagi pembangunan negara yang perlu diberi perhatian. Masih ramai lagi rakyat yang mesti dibela nasib mereka. Di setiap ceruk rantau negara kita masih banyak masalah rakyat yang mesti diatasi. Kalau asyik nak cakap berpolitik sahaja bila agaknya ahli politik kita ni bekerja? Satu pihak membuat kerja membangunkan negara dengan melancarkan pelbagai projek pembangunan dan dasar sama ada dalam ekonomi dan sosial... tak lama lepas itu ada pulak puak yang memberi pendapat yang kebanyakannya lebih "mengutuk" dan "mengecam". Lepas itu, puak yang dikutuk mengeluarkan kenyataan bela diri dan ambil pulak semangkuk "mengutuk" puak yang mula-mula tadi. Jadinya...tak habis-habis lah berpolitik. Sebabnya? Ramai yang nak tunjuk pandai kepada rakyat...pandai cakap, pandai beri pendapat...pandai mengata...dan macam-macam lagilah nak tunjuk pandai. Sudah-sudahlah tu...Lebih baik buat kerja sama-sama. Berilah peluang kepada pihak kerajaan menjalankan tugas mereka. Pihak pembangkang jadilah pihak "check and balance" yang benar-benar jujur dan "honest" dengan tugas tersebut...Asyik nak membangkang sahaja satu kerja pun tak jalan. Mana-mana usaha dan langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan baik untuk rakyat dan baik untuk negara bukankah lebih baik disokong? Jika didapati tindakan tersebut tidak begitu baik kepada rakyat kepada negara, berilah kritikan yang membina. Kalau kritikan yang baik pun mereka tidak mahu terima.........Inilah jadinya...banyak sangat berpolitik...

UPSR - PMR - SPM?

Banyak pihak telah memberikan pelbagai cadangan dan pendapat berhubung transformasi dunia pendidikan yang telah dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini yang menyentuh tentang kedudukan peperiksaan awam UPSR, PMR dan SPM. Banyak idea yang bernas telah dilontarkan oleh pihak-pihak berkenaan yang mahu melihat dunia pendidikan negara diperkasakan supaya mampu melahirkan warga yang mampu bersaing di peringkat global pada masa yang akan datang. Kendati pun begitu ada juga beberapa idea dan pendapat yang lebih menjurus kepada fikiran "singkat" atau lebih tepat lagi berunsurkan emosional - cuba menangguk di air keruh hendak melepaskan geram kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pendidikan negara. Dalam kita memperkatakan tentang dunia pendidikan yang menjadi instrumen asas menentukan kejayaan pembangunan negara, setiap idea, cadangan dan pendapat hendaklah berpijak di bumi nyata supaya transformasi yang ingin dilaksanakan oleh KPM benar-benar bermanfaat kepada setiap generasi dan pembinaan negara untuk jangka masa panjang. Peperiksaan awam yang dilihat terlalu "membebankan" pelajar (sudah pasti sekolah dan guru) selain daripada "merimaskan" ibu bapa kerana setiap pelajar diukur kecemerlangan mereka daripada berapa banyak A yang diperolehi pelajar. Terlalu berorientasikan peperiksaan sehinggakan pemupukan jati diri dan pengukuhan sahsiah pelajar seolah-olah "dikesampingkan" atau lebih tepat lagi tidak menjadi matlamat utama. Maka jadilah situasi di mana setiap pelajar hanya memikirkan perlunya banyak A dalam mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan. Apa perlunya kita terlalu menekankan bilangan A tersebut? Adakah dalam dunia pendidikan realiti negara pada hari ini lebih banyak A melambangkan lebih hebatnya seseorang pelajar itu? Jika perlu, KPM harus berani mentransformasikan sistem peperiksaan awam supaya menjadi lebih mesra pelajar dan membuktikan demokrasi dalam pendidikan diberikan kepada setiap pelajar. Kita menyokong penuh usaha KPM yang ingin membuat transformasi peperiksaan awam. Jangan lupa pula dengan UPSR... Sehingga kini persoalan sejauh manakah korelasi mata pelajaran peperiksaan UPSR benar-benar menggambarkan memenuhi syarat keperluan pelajar untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh. Terdapat juga kelas rancangan khas di sekolah yang ditetapkan sama ada RKA dan RK Sains. Yang peliknya, tiadakah pegawai yang cerdik pandai, bijaksana dan bijaksini yang duduk di KPM perasan bagaimanakah seseorang pelajar boleh menyambung pelajarannya di RK Agama sedangkan tidak ada mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran peperiksaan UPSR. Apakah kriteria yang digunakan untuk menguji pelajar ke RKA berdasarkan UPSR. Sepatutnya, untuk membugarkan RK Agama, mata pelajaran Pendidikan Islam hendaklah dijadikan mata pelajaran peperiksaan dalam UPSR. Kalau nak buat bukannya susah...

Sunday, July 19, 2009

PPSMI DAH JADI ISU LAIN

TPM yang juga Menteri Pelajaran sebelum prk Manik Urai telah mengesahkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan mulai tahun 2012. Sebelum ini banyak pihak yang telah memberikan pandangan, cadangan dan tidak kurang juga cemuhan, sindiran, kutukan dan bermacam-macam lagi mengenai isu ini. Ada pihak yang tegas menuntut dimansuhkan sahaja, seolah-olah mereka pulak yang menjadi decision-maker dalam pentadbiran negara. Terdapat juga beberapa puak yang menangguk di air keruh menjadikan isu PPSMI sebagai political mileage kepada parti politik mereka. Golongan ini juga merupakan desperado politik yang tidak sudah-sudah mengutuk dan memperlekeh usaha dan dasar kerajaan. Mungkin hendak berlatih atau warm-up menjadi kerajaan sebab itu segala komen dan kritikan tidak ada yang baik tentang kerajaan. Ruangan surat pembaca dalam surat khabar tempatan jangan kiralah... Berbagai-bagai komen, cadangan, pendapat dan tidak terkecuali sindiran yang dilontarkan. Banyak juga pendapat yang bernas yang boleh dipertimbangkan dan dijadikan panduan demi masa hadapan pelajar generasi muda hari ini yang menjadi tonggak pemerintahan negara pada masa hadapan. Tetapi banyak juga idea sampah yang disampaikan...sampai mengutuk rapat Tun Dr.M kerana memperkenalkan PPSMI dahulu. Golongan idea sampah inilah yang boleh menjadikan situasi politik negara sedikit berkocak. Kemudian, apabila TPM umumkan PPSMI dimansuhkan pada tahun 2012... lain pulak jadinya. Ada yang mencabar seolah-olah mengapa tidak dimansuhkan sahaja sekarang? Bodoh dan dangkal punya idea sampah puak ini. Takkanlah dasar yang begitu besar ini hendak dimansuhkan serta-merta? Apa akan jadi kepada pelajar yang telah membiasakan diri dengan PPSMI? Bagaimana pula dengan prasarana ICT pendidikan yang telah dibekalkan kepada sekolah-sekolah? Dan, jangan lupa bagaimana pulak nasib guru-guru yang menerima elaun BISP (walaupun ada yang mengajar gitu-gitu aja... ni juga satu masalah yang menyebabkan PPSMI tidak berapa berjaya...duit BISP pulun...mengajar ala kadar aja dengan beri alasan tak berapa pandai guna BI... ada segelintir puak ini malas nak tingkatkan keupayaan diri) Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat macam mana perkembangan seterusnya. Kalau dan ditetapkan mansuh 2012...tunggu ajalah. Kemudian, KPM berjanji akan meneruskan usaha memperkasa mata pelajaran BI. Ini juga bagus. Tetapi jangan cakap sahaja berdegar-degar. Kalau nak tingkatkan mp BI, buat betul-betul. Jangan hari ini bukan main cakap dasar itu, dasar ini, usaha sana, usaha sini. Last-last apa pun lebih kurang begitu sahaja. Guru BI entah ke mana, budak sekolah cakap BI pun lebih kurang sengau itik serati, habis sahaja duit sediakan prasarana, gunanya tidak sepenuhnya...Kalau dah betul-betul nak improve BI, buat betul-betul, pulun betul-betul. Kalau patut dijadikan syarat wajib lulus dalam SPM, kuatkuasa betul-betul. Jangan hari ini bukan main nak buat... Esok-esok jadi suam-suam kuku kemudian habis sejuk bedi macam hidung kucing. Perkara yang elok dan baik untuk masa hadapan negara memang aku sokong sepenuhnya. Lagi pun, bukan setakat BI sahaja harus ditingkatkan dan diwajibkan. Pelajar Melayu sepatutnya diwajibkan mempelajari mata pelajaran bahasa tambahan wajib sama ada Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil. Hidup TPM, hidup KPM, hidup UMNO, hidup BN. Hidup 1Malaysia.

Thursday, July 16, 2009

MANIK URAI - 65 VOTES

What we can say with the Manik Urai by-election result? Both UMNO and PAS had their reasons (normal thing when win or defeat). What all this reasons can influence people's mind and action in the future? UMNO says the result show a sign the people are beginning to warm up PM. It's sounds good. With PAS narrow win and severely-reduced majority carry the meaning that PAS losing its grip in the Kelantan it has been governing for the past 19 years. Anyway congratulation to Mohd Fauzi Abdullah (PAS) as new ADUN for Manik Urai. Hopefully MFA keep his and his party words ti the Manik Urai people. For the next few years all people want to see the development of course in various fields which had promised to people become reality. From that we can say and endorse that PAS really "cakap serupa bikin" as they strongly shout that this party survive for duniawi and ukhrawi. For UMNO and BN - we hope all leaders and supporters including people of Manik Urai be united and serve for rakyat.

Sunday, July 12, 2009

Manek Urai, Kelate

14 Julai - hari mengundi bagi Manek Urai. Semua pengundi yang layak mengundi pada prk kali ini diucapkan selamat mengundi. Gunakanlah kuasa rakyat di tangan anda dengan bijaksana demi masa depan generasi hari ini. Semoga pilihan anda tepat dan menaruh keyakinan yang sepenuh-penuhnya kepada pilihan tersebut di mana mereka yang anda pilih mampu membawa pembangunan fizikal dan kerohanian. Bukan calon pilihan anda yang akan membawa pembangunan tetapi kerajaan yang menyokong calon tersebut. Apa-apa pun pilihan bijak di tangan anda. Selamat mengundi ... Gunakanlah kebijaksaan nurani anda bukannya emosi.

Friday, July 10, 2009

EPOL BUDAK NAKAL

NI SI EPOL ANAK RAZAK...DENGAR CERITA DAH SEMAKIN NAKAL SEBAB SELALU SANGAT KELUAR MALAM DENGAN NADIA... HANCUR BEBUDAK SEKARANG INI. SPM DAH DEKAT BELAJAR MALAS...

ISU MB PERAK

Sudah baca Sinar Harian Edisi Perak hari ini 10 Julai 2009? Menurut SH EP Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan secepat mungkin. Berapa cepat? 1 hari? 1 minggu? 1 bulan? 1 tahun? Tungguuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!! Harap mahkamah akan dapat memutuskan dengan bijaksana kerana hakim memang orang yang arif dan bijaksana. Selepas keputusan mahkamah dikeluarkan pasti ada pula puak yang tidak berpuas hati. Nampaknya isu MB Perak sudah menjadi "musical chair". Tak faham apa sudah jadi sekarang? Budak-budak tadika pun sudah bijak..Tak malu ke yeop?

Thursday, July 9, 2009

tali pinggang


Kat gerai ni aku beli tali pinggang ...

PPSMI dan Manek Urai, Kelate

Keputusan PPSMI dimansuhkan mulai 2012 dan prk Manek Urai. Apakah perkaitannya? Jawab yop jawab...

Kursus makan sedap

Pak cik velu dan geng....
Pi tidur....

Manek Urai, Kelate

Selamat mengundi.... Undi jangan tak undi... Siapa la yang menang nanti? Mereka dan keluarga mereka!!!

1Malaysia

Konsep gagasan 1Malaysia telah diutarakan oleh YAB Perdana Menteri. 1Malaysia fokus terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Hasrat yang baik, matlamat yang benar-benar ingin memastikan entiti perpaduan sebagai pelindung kedaulatan negara. Sejauh mana rakyat memahami? Pemimpin negara terutamanya YB Ahli Parlimen (terutamanya BN) harus memahami lebih mendalam konsep ini dan menyebarluaskan atau dengan kata lain "merakyatkan" 1Malaysia. Berapa ramai YB berkenaan ada "merakyatkan" konsep 1Malaysia ini? Agaknya mungkin segelintir daripada mereka pun masih kurang faham konsep 1Malaysia ini. Mainkan peranan dengan lebih bijak dan berkesan bagi memastikan segenap lapisan masyarakat dapat memahami konsep 1Malaysia ini supaya akhirnya matlamat perpaduan dan integrasi nasional tercapai.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

Menteri Pelajaran mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan mulai tahun 2012. Punya la lama berfikir dan berbincang dengan think-tank baru dapat buat keputusan. Kartun sungguh la.... Semasa nak memperkenalkkannya dahulu tak payah pulak pening kepala berbincang dengan grassroot pendidikan. La ni dah jadi macam ni banyak sangat la suara-suara sumbang beri pendapat dan ada juga yang mengutuk... Sabar ajalah YAB Menteri Pelajaran. Asalkan keputusan yang dibuat baik demi masa depan negara kami sokong sepenuhnya. Hidup Malaysia.

Pertama

Pening kepala aku.