Sunday, July 19, 2009

PPSMI DAH JADI ISU LAIN

TPM yang juga Menteri Pelajaran sebelum prk Manik Urai telah mengesahkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan mulai tahun 2012. Sebelum ini banyak pihak yang telah memberikan pandangan, cadangan dan tidak kurang juga cemuhan, sindiran, kutukan dan bermacam-macam lagi mengenai isu ini. Ada pihak yang tegas menuntut dimansuhkan sahaja, seolah-olah mereka pulak yang menjadi decision-maker dalam pentadbiran negara. Terdapat juga beberapa puak yang menangguk di air keruh menjadikan isu PPSMI sebagai political mileage kepada parti politik mereka. Golongan ini juga merupakan desperado politik yang tidak sudah-sudah mengutuk dan memperlekeh usaha dan dasar kerajaan. Mungkin hendak berlatih atau warm-up menjadi kerajaan sebab itu segala komen dan kritikan tidak ada yang baik tentang kerajaan. Ruangan surat pembaca dalam surat khabar tempatan jangan kiralah... Berbagai-bagai komen, cadangan, pendapat dan tidak terkecuali sindiran yang dilontarkan. Banyak juga pendapat yang bernas yang boleh dipertimbangkan dan dijadikan panduan demi masa hadapan pelajar generasi muda hari ini yang menjadi tonggak pemerintahan negara pada masa hadapan. Tetapi banyak juga idea sampah yang disampaikan...sampai mengutuk rapat Tun Dr.M kerana memperkenalkan PPSMI dahulu. Golongan idea sampah inilah yang boleh menjadikan situasi politik negara sedikit berkocak. Kemudian, apabila TPM umumkan PPSMI dimansuhkan pada tahun 2012... lain pulak jadinya. Ada yang mencabar seolah-olah mengapa tidak dimansuhkan sahaja sekarang? Bodoh dan dangkal punya idea sampah puak ini. Takkanlah dasar yang begitu besar ini hendak dimansuhkan serta-merta? Apa akan jadi kepada pelajar yang telah membiasakan diri dengan PPSMI? Bagaimana pula dengan prasarana ICT pendidikan yang telah dibekalkan kepada sekolah-sekolah? Dan, jangan lupa bagaimana pulak nasib guru-guru yang menerima elaun BISP (walaupun ada yang mengajar gitu-gitu aja... ni juga satu masalah yang menyebabkan PPSMI tidak berapa berjaya...duit BISP pulun...mengajar ala kadar aja dengan beri alasan tak berapa pandai guna BI... ada segelintir puak ini malas nak tingkatkan keupayaan diri) Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat macam mana perkembangan seterusnya. Kalau dan ditetapkan mansuh 2012...tunggu ajalah. Kemudian, KPM berjanji akan meneruskan usaha memperkasa mata pelajaran BI. Ini juga bagus. Tetapi jangan cakap sahaja berdegar-degar. Kalau nak tingkatkan mp BI, buat betul-betul. Jangan hari ini bukan main cakap dasar itu, dasar ini, usaha sana, usaha sini. Last-last apa pun lebih kurang begitu sahaja. Guru BI entah ke mana, budak sekolah cakap BI pun lebih kurang sengau itik serati, habis sahaja duit sediakan prasarana, gunanya tidak sepenuhnya...Kalau dah betul-betul nak improve BI, buat betul-betul, pulun betul-betul. Kalau patut dijadikan syarat wajib lulus dalam SPM, kuatkuasa betul-betul. Jangan hari ini bukan main nak buat... Esok-esok jadi suam-suam kuku kemudian habis sejuk bedi macam hidung kucing. Perkara yang elok dan baik untuk masa hadapan negara memang aku sokong sepenuhnya. Lagi pun, bukan setakat BI sahaja harus ditingkatkan dan diwajibkan. Pelajar Melayu sepatutnya diwajibkan mempelajari mata pelajaran bahasa tambahan wajib sama ada Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil. Hidup TPM, hidup KPM, hidup UMNO, hidup BN. Hidup 1Malaysia.

1 comment:

  1. Sebenarnya banyak pro dan kontra terhadap isu PPSMI ini. Tidak di nafikan penguasaan bahasa inglish akan dapat memberikan kelebihan di pasaran kerjaya kelak. Masaalahnya di sini menguasai tata bahasa(inglish)itu seharusnya dimantapkan kepada mata pelajaran itu sendiri,bukannya terhadap matematik dan sain. Memang benar banyak istilah-istilah yang tidak kedapatan dalam bahasa melayu ,tapi tentu ada cara untuk mengatasinya.

    Paling utama kita sebagai rakyat Malaysia misti mendaulatkan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa itu sendiri menunjukan sesuatu bangsa.

    ReplyDelete