Wednesday, September 23, 2009

PRK BAGAN PINANG NEGERI SEMBILAN

PRK LAGI DI DUN BAGAN PINANG. SIAPA CALON BN? ORANG LAMA ATAU ORANG BARU? ORANG MUDA ATAU ORANG VETERAN? BN MAHU MENANG ATAU MAHU KALAH? MAHU MENANG KERUSI ATAU MAHU MENANG MORAL? ATAU MAHU MENANG KERUSI DAN MENANG MORAL? MANTAN PM DATO' SERI DR MAHATHIR PUNYA IDEA MEMANG BAGUS. TIADA GUNA MENANG DI DUN BAGAN PINANG TAPI KALAH DI PARLIMEN DALAM NEXT GENERAL ELECTION. SO.... PEMIMPIN TERTINGGI UMNO DAN BN MESTI LETAK CALON ORANG BARU, ORANG MUDA, BERSIH. BUKAN SETAKAT BERSIH TETAPI MESTI KELIHATAN BERSIH. TAK ADA GUNA AMBIL CALON KITAR SEMULA. KALAU DAH PERNAH MENJADI WAKIL RAKYAT SELEPAS ITU REHAT SEKEJAP, BUAT APA PULAK NAK BERTANDING LAGI. SEPATUTNYA TAK PERLU JUGAK ORANG INI DICALONKAN DALAM SENARAI AKHIR PUN. CALONKAN SAHAJA MEREKA YANG BELUM PERNAH MENJADI WAKIL RAKYAT. MEREKA YANG MUDA DAN MASIH BERSIH. ASYIK-ASYIK MUKA ORANG LAMA. SELERA PENGUNDI MUDA MESTI DIAMBIL KIRA... YANG SUDAH MERASA MENJADI WAKIL RAKYAT TIGA ATAU EMPAT PENGGAL SUDAH-SUDAHLAH TU... DAH BANYAK KERUSI BN TERLEPAS KE TANGAN PEMBANGKANG. YANG VETERAN DAN BANYAK "KERENAH" DAN BANYAK "ISU PANAS" TU SUDAH-SUDAHLAH. BERILAH PELUANG KEPADA MUKA BARU. DAN BERKEMPENLAH UNTUK CALON MUKA BARU SUPAYA MEREKA MENANG. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI. TAKKAHLAH ORANG LAMA HENDAK MENONGKAT DUNIA SAMPAI AKHIR HAYAT. INGAT-INGATLAH SIKIT MASA HADAPAN UMNO DAN BN LEBIH PENTING DARIPADA KREDIT DIRI SENDIRI.

SALAM AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia. Semoga hari raya pada kali ini dirayakan dengan lebih meriah penuh kesyukuran atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.

Sunday, September 13, 2009

MIC : Tahniah

Tahniah Datuk Seri Sammy Vellu mengekalkan jawatan sebagai Presiden MIC. Menang tanpa bertanding mungkin merupakan aspirasi majoriti kaum India masih percaya akan kredibiliti Datuk Seri menerajui parti terbesar dan paling berjasa kepada kaum India di Malaysia.
Tahniah Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Presiden - yang terpaksa juga bertanding tiga penjuru. Kejayaan Datuk Timbalan Presiden juga merupakan hasrat majoriti kaum INdia yang mahukan Datuk berganding bahu dengan Datuk Seri Presiden memajukan kaum India.
Tahniah kepada 3 Naib Presiden - Datuk Dr S Subramaniam, Datuk SK Devamany dan Datuk M Saravanan. The Big 5 MIC diharapkan dapat mengukuhkan semula keyakinan kaum India supaya terus menyokong Barisan Nasional Malaysia ke arah pemerintahan yang lebih mantap demi kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatan negara: Diharapkan seluruh kepimpinan MIC menelusuri semula sejarah penubuhan MIC sejak tahun 1946 dalam konteks perjuangan parti ini demi kebajikan kaum India. Janganlah wujudnya kekeliruan sejarah penubuhan MIC kerana sekiranya dihayati dengan ikhlas dan mendalam bahawa pembentukan negara MALAYSIA pada hari ini lebih kepada persetujuan kontrak sosial antara 3 kaum terbesar - MELAYU, CINA DAN INDIA. Justeru, keyakinan rakyat terhadap UMNO, MCA dan MIC yang mampu mempertahankan kontrak sosial ini jangan cuba dicalar. Sementara segenap lapisan rakyat masih percaya akan keutuhan BN Malaysia, buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh. Pemimpin politik hendaklah menjadi "hamba yang setia" kepada rakyat. Jatuh bangun ahli politik ditentukan oleh rakyat. Dengarlah denyut nadi aspirasi dan kehendak rakyat. Semoga barisan kepimpinan MIC mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat bukan sahaja kaum India malahan semua rakyat berbilang kaum di Malaysia. Transformasi drastik sangat perlu dilakukan untuk memenangi semula hati rakyat. Dengan kesepaduan dan keutuhan pasukan kepimpinan MIC baru ini rakyat dapat menilai sejauh mana parti boleh mempertahankan rakyat dengan menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia dan menghayati sepenuhnya Rukun Negara.
Tahniah sekali lagi kepada barisan kepimpinan MIC. Berjuanglah dan berkhidmatlah untuk seluruh rakyat Malaysia. Hidup Malaysia!!! Daulat Tuanku!!! Satu Malaysia!!!

Wednesday, September 9, 2009

PRK DUN BAGAN PINANG N9

PRK lagi. Kali ini di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Berpesta sakanlah lagi nampaknya - parti, calon, penyokong dan pengundi... Sudah pasti DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan antara BN (UMNO) dengan PAS. Belum lagi hari mengundi sudah terdengar berbagai-bagai "suara" dan "lagu yang didendangkan. Pertama, pertarungan antara siapa dengan siapa. BN sudah pasti akan meletakkan calon dari UMNO. Siapa tandingannya? Mungkinkah PAS, atau PRK atau Bebas? Jika ada ramai calon Bebas, itu lebih baik. So, sesiapa yang berhajat ingin bertanding, inilah masanya. Masuk bertanding. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...Manalah tahu... dalam keadaan begini, rakyat beralih angin kepada Bebas pula...So...silalah bertanding. Yang paling seronok didengar ialah siapa calon UMNO. Ada dua tiga kenyataan yang dibuat inginkan calon orang lama dalam UMNO. Pernah memegang jawatan tinggi dalam parti dan di kerajaan negeri. Aduh...pening kepala cadangan bodoh macam ini. Siapalah mangkuk hayun yang mencadangkan calon lama ini??? Sekarang tahun 2009. Bukannya 1989 atau 1999. Sudah tidak adalah calon pelapis UMNO??? Sudah tiadakah orang muda dalam UMNO? Mengapa UMNO mesti mengharapkan calon "kitar semula"? Apalah susah sangat nak cari calon. Calonkan sahaja mana-mana ketua cawangan UMNO yang dirasakan boleh memikul tanggungjawab kepada rakyat. Kalaulah calon "kitar semula" yang menjadi pertaruhan, percayalah bungkus BN... Calon lama dah puas memegang jawatan. Apa lagi yang mahu direbutkan??? Pihak pembangkang berderet-deret calon profesional yang muda : walaupun belum matang dalam sepak terajang dunia politik Malaysia, tetapi harus diingat siapa yang akan mengundi mereka? Bagaimana profil pengundi? Ramai pengundi veteran atau pengundi muda? Sekarang sudah ada trend baru. Alaf baru, angin pun baru...Jika mahu bersaing lebih hebat, letak calon baru, calon yang lebih muda, lebih energetik, yang boleh membawa aspirasi rakyat generasi baru. Yang dah lama tu...sudah-sudahlah. Semoga pucuk pimpinan tertinggi UMNO dapat memilih calon baru, yang lebih muda, lebih mengancam, lebih profesional, lebih berwibawa, masih bersih daripada skandal dan hal-hal mengarut dalam parti dan sebagainya. Jangan diikutkan sangat "teriakan" satu dua kelompok golongan veteran tu. Saja jer nak test power. Kalau sayangkan UMNO, sayangkan parti, berjuanglah membantu golongan muda dalam UMNO untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Melayu - Islam. Ayuh, Khairy Jamaluddin, risik-risiklah calon muda yang lebih berpotensi dan lebih power....