Sunday, September 13, 2009

MIC : Tahniah

Tahniah Datuk Seri Sammy Vellu mengekalkan jawatan sebagai Presiden MIC. Menang tanpa bertanding mungkin merupakan aspirasi majoriti kaum India masih percaya akan kredibiliti Datuk Seri menerajui parti terbesar dan paling berjasa kepada kaum India di Malaysia.
Tahniah Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Presiden - yang terpaksa juga bertanding tiga penjuru. Kejayaan Datuk Timbalan Presiden juga merupakan hasrat majoriti kaum INdia yang mahukan Datuk berganding bahu dengan Datuk Seri Presiden memajukan kaum India.
Tahniah kepada 3 Naib Presiden - Datuk Dr S Subramaniam, Datuk SK Devamany dan Datuk M Saravanan. The Big 5 MIC diharapkan dapat mengukuhkan semula keyakinan kaum India supaya terus menyokong Barisan Nasional Malaysia ke arah pemerintahan yang lebih mantap demi kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatan negara: Diharapkan seluruh kepimpinan MIC menelusuri semula sejarah penubuhan MIC sejak tahun 1946 dalam konteks perjuangan parti ini demi kebajikan kaum India. Janganlah wujudnya kekeliruan sejarah penubuhan MIC kerana sekiranya dihayati dengan ikhlas dan mendalam bahawa pembentukan negara MALAYSIA pada hari ini lebih kepada persetujuan kontrak sosial antara 3 kaum terbesar - MELAYU, CINA DAN INDIA. Justeru, keyakinan rakyat terhadap UMNO, MCA dan MIC yang mampu mempertahankan kontrak sosial ini jangan cuba dicalar. Sementara segenap lapisan rakyat masih percaya akan keutuhan BN Malaysia, buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh. Pemimpin politik hendaklah menjadi "hamba yang setia" kepada rakyat. Jatuh bangun ahli politik ditentukan oleh rakyat. Dengarlah denyut nadi aspirasi dan kehendak rakyat. Semoga barisan kepimpinan MIC mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat bukan sahaja kaum India malahan semua rakyat berbilang kaum di Malaysia. Transformasi drastik sangat perlu dilakukan untuk memenangi semula hati rakyat. Dengan kesepaduan dan keutuhan pasukan kepimpinan MIC baru ini rakyat dapat menilai sejauh mana parti boleh mempertahankan rakyat dengan menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia dan menghayati sepenuhnya Rukun Negara.
Tahniah sekali lagi kepada barisan kepimpinan MIC. Berjuanglah dan berkhidmatlah untuk seluruh rakyat Malaysia. Hidup Malaysia!!! Daulat Tuanku!!! Satu Malaysia!!!

No comments:

Post a Comment