PRK lagi. Kali ini di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Berpesta sakanlah lagi nampaknya - parti, calon, penyokong dan pengundi... Sudah pasti DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan antara BN (UMNO) dengan PAS. Belum lagi hari mengundi sudah terdengar berbagai-bagai "suara" dan "lagu yang didendangkan. Pertama, pertarungan antara siapa dengan siapa. BN sudah pasti akan meletakkan calon dari UMNO. Siapa tandingannya? Mungkinkah PAS, atau PRK atau Bebas? Jika ada ramai calon Bebas, itu lebih baik. So, sesiapa yang berhajat ingin bertanding, inilah masanya. Masuk bertanding. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...Manalah tahu... dalam keadaan begini, rakyat beralih angin kepada Bebas pula...So...silalah bertanding. Yang paling seronok didengar ialah siapa calon UMNO. Ada dua tiga kenyataan yang dibuat inginkan calon orang lama dalam UMNO. Pernah memegang jawatan tinggi dalam parti dan di kerajaan negeri. Aduh...pening kepala cadangan bodoh macam ini. Siapalah mangkuk hayun yang mencadangkan calon lama ini??? Sekarang tahun 2009. Bukannya 1989 atau 1999. Sudah tidak adalah calon pelapis UMNO??? Sudah tiadakah orang muda dalam UMNO? Mengapa UMNO mesti mengharapkan calon "kitar semula"? Apalah susah sangat nak cari calon. Calonkan sahaja mana-mana ketua cawangan UMNO yang dirasakan boleh memikul tanggungjawab kepada rakyat. Kalaulah calon "kitar semula" yang menjadi pertaruhan, percayalah bungkus BN... Calon lama dah puas memegang jawatan. Apa lagi yang mahu direbutkan??? Pihak pembangkang berderet-deret calon profesional yang muda : walaupun belum matang dalam sepak terajang dunia politik Malaysia, tetapi harus diingat siapa yang akan mengundi mereka? Bagaimana profil pengundi? Ramai pengundi veteran atau pengundi muda? Sekarang sudah ada trend baru. Alaf baru, angin pun baru...Jika mahu bersaing lebih hebat, letak calon baru, calon yang lebih muda, lebih energetik, yang boleh membawa aspirasi rakyat generasi baru. Yang dah lama tu...sudah-sudahlah. Semoga pucuk pimpinan tertinggi UMNO dapat memilih calon baru, yang lebih muda, lebih mengancam, lebih profesional, lebih berwibawa, masih bersih daripada skandal dan hal-hal mengarut dalam parti dan sebagainya. Jangan diikutkan sangat "teriakan" satu dua kelompok golongan veteran tu. Saja jer nak test power. Kalau sayangkan UMNO, sayangkan parti, berjuanglah membantu golongan muda dalam UMNO untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Melayu - Islam. Ayuh, Khairy Jamaluddin, risik-risiklah calon muda yang lebih berpotensi dan lebih power....
No comments:
Post a Comment