Wednesday, September 9, 2009

PRK DUN BAGAN PINANG N9

PRK lagi. Kali ini di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Berpesta sakanlah lagi nampaknya - parti, calon, penyokong dan pengundi... Sudah pasti DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan antara BN (UMNO) dengan PAS. Belum lagi hari mengundi sudah terdengar berbagai-bagai "suara" dan "lagu yang didendangkan. Pertama, pertarungan antara siapa dengan siapa. BN sudah pasti akan meletakkan calon dari UMNO. Siapa tandingannya? Mungkinkah PAS, atau PRK atau Bebas? Jika ada ramai calon Bebas, itu lebih baik. So, sesiapa yang berhajat ingin bertanding, inilah masanya. Masuk bertanding. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...Manalah tahu... dalam keadaan begini, rakyat beralih angin kepada Bebas pula...So...silalah bertanding. Yang paling seronok didengar ialah siapa calon UMNO. Ada dua tiga kenyataan yang dibuat inginkan calon orang lama dalam UMNO. Pernah memegang jawatan tinggi dalam parti dan di kerajaan negeri. Aduh...pening kepala cadangan bodoh macam ini. Siapalah mangkuk hayun yang mencadangkan calon lama ini??? Sekarang tahun 2009. Bukannya 1989 atau 1999. Sudah tidak adalah calon pelapis UMNO??? Sudah tiadakah orang muda dalam UMNO? Mengapa UMNO mesti mengharapkan calon "kitar semula"? Apalah susah sangat nak cari calon. Calonkan sahaja mana-mana ketua cawangan UMNO yang dirasakan boleh memikul tanggungjawab kepada rakyat. Kalaulah calon "kitar semula" yang menjadi pertaruhan, percayalah bungkus BN... Calon lama dah puas memegang jawatan. Apa lagi yang mahu direbutkan??? Pihak pembangkang berderet-deret calon profesional yang muda : walaupun belum matang dalam sepak terajang dunia politik Malaysia, tetapi harus diingat siapa yang akan mengundi mereka? Bagaimana profil pengundi? Ramai pengundi veteran atau pengundi muda? Sekarang sudah ada trend baru. Alaf baru, angin pun baru...Jika mahu bersaing lebih hebat, letak calon baru, calon yang lebih muda, lebih energetik, yang boleh membawa aspirasi rakyat generasi baru. Yang dah lama tu...sudah-sudahlah. Semoga pucuk pimpinan tertinggi UMNO dapat memilih calon baru, yang lebih muda, lebih mengancam, lebih profesional, lebih berwibawa, masih bersih daripada skandal dan hal-hal mengarut dalam parti dan sebagainya. Jangan diikutkan sangat "teriakan" satu dua kelompok golongan veteran tu. Saja jer nak test power. Kalau sayangkan UMNO, sayangkan parti, berjuanglah membantu golongan muda dalam UMNO untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Melayu - Islam. Ayuh, Khairy Jamaluddin, risik-risiklah calon muda yang lebih berpotensi dan lebih power....

Tuesday, August 25, 2009

N11 : PRK PERMATANG PASIR

Selamat mengundi kepada semua pengundi DUN N11 Permatang Pasir. Semoga Allah SWT menggerakkan hati anda supaya mengundi calon yang diredhaiNya. Pilihan di tangan pengundi. Mengundilah dengan bijak demi masa hadapan generasi muda hari ini supaya mereka meneruskan perjuangan pembangunan demi bangsa, agama dan watan tercinta. Tolak calon yang cakap tidak serupa bikin...Perjuangan Melayu - Islam adalah perjuangan membangunkan duniawi dan ukhrawi....

Saturday, August 8, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Peringatan kepada mereka yang lupa. 7 wasiat tersebut jelas dimaktubkan dalam perlembagaan negara. Puak mana yang cuba mempertikaikan perkara tersebut??? Menyedihkan!!! Segelintir puak yang dahagakan kuasa dan pengaruh cuba putar belitkan fakta sebenar. DAULAT TUANKU : Kebijaksanaan dan ketegasan Tuanku sangat perlu bagi menyedarkan puak yang cuba-cuba menutup mata hakikat sebenar fakta sejarah tersebut. Beringat-ingatlah umat Melayu yang lain. Puak yang cuba baling batu sembunyi tangan ini rupa sahaja Melayu tetapi mempunyai hati yang begitu busuk...nafsu yang begitu serakah...keinginan berkuasa melampau...bertopengkan demokrasi dan agama Islam bagi memenuhi keinginan dan matlamat politik mereka. Puak ini memang bahlul pemikiran dangkal pertimbangan...Mahu kuasa punya pasal sanggup buat apa sahaja hatta perkara tersebut salah dari segi perlembagaan dan status quo. Rakyat yang menyokong puak ini perlu bertanggungjawab kerana dengan sokongan yang mem"khinzir" buta menyebabkan puak ini semakin hari semakin kuat "melatah" dan semaking meningkat "gila meroyan" hatta "gila talak" sekali pun. Tak habis-habis pusing keliling Malaya mencanang isu yang entah apa-apa banyak isu berbau "taik kucing"..... Puak yang tidak dapat menerima hakikat menang atau kalah dalam pertarungan pilihan raya adalah perkara biasa. Tengin punya orang...bodoh mangkuk ayun...

MESTI TONTON : Sandiwara PR Selangor

Seluruh rakyat Malaysia boleh menonton sandiwara purba terbaru daripada PR Selangor!!!!
Produser : PR Motion Sdn. Bhd. Director : Tan Sri Khalud Iberahim. Penolong Pengarah : To to ny Puaaaaa. Cameraman : Hasanul Alina. Pelakon Handalan : Ron ron Liuuu. Sinopsis : Putera Monyet "mencuri" beer di kedai 8Eleven. Kemudian bapak putera monyet suruh pulangkan balik sebab orang punya. Lagi pun monyet bukannya boleh minum beer. Adik beradik putera monyet yang lain marahlah sebab tak dapat rasa beer free. Akhirnya bergaduhlah adik beradik monyet tu...Lepas tu.. lepas tu tunggulah sandiwara purba part 2....

Thursday, August 6, 2009

PAKATAN RAKYAT : Pemimpin Berbeza Pandangan?

Apakah perbezaan pandangan memang wujud antara pemimpin PR yang memerintah Selangor? Salah seorang Wakil Rakyat PR telah mengarahkan pegawai PBT memulangkan semula arak yang dirampas manakala seorang Wakil Rakyat PR (dari parti lain yang sama-sama bergabung dalam PR) membantah tindakannya. Adakah ini benar-benar terjadi atau sandiwara "purba"? Akhbar tempatan ada mengulas perkara ini. Persoalan yang mesti difikirkan ialah : (Pertama) Mengapa wujud perbezaan pendapat yang menyentuh bidang tugas pentadbiran ini? Selama ini PR telah "menggula-gulakan" rakyat bahawa mereka sebagai alternatif kepada BN. Rupa-rupanya "gula-gula" itu telah menjadi penyebab kepada "kencing manis" pentadbiran negeri. (Kedua) Tindakan salah seorang Wakil Rakyat yang lain menegur Wakil Rakyat yang "rakus" tadi memang patut dipuji...Sekurang-kurangnya beliau nampak melihat "the true colours" rakan-rakannya dalam PR. Nak buat macam mana... Nak berbaik-baik dengan UMNO tak boleh sebab UMNO teruk dibelasah oleh puak mereka kononnya keji, buruk hatta sebelum ini melabelkan "kafir"... Sekarang macam mana? Ghairah sangat nak "bersahabat" dengan mereka yang bukan sahaja jahil tentang agama Islam malahan cuba nak "mencucuk" jarum kesucian Islam... Hah...padan muka. Takbur sangat mengata UMNO "kafir" sekarang.... telan baliklah bro..... (Ketiga) MB Selangor arah wakil rakyat berkenaan tutup mulut. Kenapa??? Langkah pencegahan H1N1 ke? Buntut tak mahu tutup ke??? Teguran daripada rakan Wakil Rakyat yang lain bukan soalan arak sebenarnya. Mauduk utama ialah : INTEGRITI... Mana integriti Wakil Rakyat??? Baru dapat kuasa sudah kemaruk ka??? Seluruh badan gatal sebab kuasa ini "panas". Tergaru sana tergaru sini. Serupa "beruk kena belacan".... Ingat sikitlah.... Wakil Rakyat tu kerjanya apa??? Semua mahu "kebas" ka??? (TERPENTING) Kepada seluruh rakyat : fikir-fikirkanlah...apa sudah jadi ini? Kalau lama memerintah macam mana pulak jadinya... Cukuplah tu. Jangan kasi lagi kuasa memerintah kepada mereka yang tidak ikhlas dan jujur terhadap tanggungjawab. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis golongan ini. Jika kita masih tak sedar....tak taulah....

Monday, August 3, 2009

BUBAR DUN PERAK : TAK HABIS-HABIS LAGI KE?

Sinar Harian Edisi Perak Isnin 3 Ogos 2009 melaporkan di halaman P10 Himpunan Bubar Dun Capai Sasaran di Kerian. 5000 pemuda dari seluruh Perak dilaporkan hadir. INI APA KE BENDANYA LAGI NIH??? TAK HABIS-HABIS DENGAN BENDA INI BILA LA MEREKA NAK BUAT KERJA UNTUK RAKYAT? APAKAH DENGAN KEMPEN ATAU ROADSHOW INI ADALAH SATU KERJA ATAU IBADAH ATAU SEDEKAH JARIAH KEPADA RAKYAT PERAK? TAK PAHAM BETUL LA...DARI SEBELUM MEMERINTAH SEHINGGA DAH HILANG KUASA MEMERINTAH TAK ADA KERJA LAIN...DULU BERCERAMAH...DAH MEMERINTAH BERCERAMAH...DAH TIDAK MEMERINTAH BERCERAMAH...SAMPAI BILA??? DALAM RUANG KOTAK FIKIR TAK ADA KAH PERKARA YANG LEBIH BERFAEDAH UNTUK RAKYAT? BUKANKAH LEBIH BAIK MENJADI CHECK AND BALANCE TERHADAP PEMERINTAHAN BN PERAK SEKARANG INI??? PERGILAH KE SERATA PELOSOK NEGERI PERAK MELIHAT KEKURANGAN ATAU KELEMAHAN YANG MANA PATUT DIPERBAIKI OLEH KERAJAAN PERAK SEKARANG. PERGILAH MELAWAT DI KAWASAN BANDAR ATAU KAWASAN DESA HATTA KE PERKAMPUNGAN PEDALAMAN SEKALI PUN... KALAH DAH ASYIK NAK BUBAR...NAK BUBAR...NAK BUBAR...BILA NAK BUBAR??? CAKAP GENDANG TONG KOSONG APA KE HALNYA. DAH BERI MAHKAMAH PUTUSKAN MASIH TAK PUAS HATI. DAH KAJI SEGALA PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK TAPI TAK BOLEH PAHAM-PAHAM LAGI KE? INI SEMUANYA MENGARUT. BUAT LE KERJA YANG BERHEMAH SIKIT. APA PULAK YANG BERIA-IA NAK BUBAR DUN TU PASAL APA??? INSAFLAH SIKIT...KUASA DI TANGAN RAKYAT. TUNGGU AJALAH PRU KE-13. KALAU DIREDHAI ALLAH DAPATLAH BERKUASA SEMULA. INI DAH JADI KES MAIN ACI-ACI PULAK...PEMAINNYA PULAK BUKAN BUDAK-BUDAK PRASEKOLAH...AHLI POLITIK YEOP!!! WAKIL RAKYAT PULAK TU!!!MENTALITI KELAS KETIGA...OUT...KOMAN BEBENOR. DAH TAK ADA RUANG UNTUK BERFIKIR SECARA RASIONAL. SEMUA ORANG DIANGGAP TAK BETUL... SEHINGGAKAN BOLEH PERTIKAI HAK PREROGATIF TUANKU SULTAN... INGAT SEMUA RAKYAT PERAK NIH "TENGIN" KE??? UDAH-UDAHLAH TU...BUAT APA NAK PILIH BERFIKIR BANGANG DAN BUAT KERJA BANGANG??? SEKARANG MASA UNTUK MEMAJUKAN NEGERI PERAK BUKAN NAK BUAT ROADSHOW SANA ROADSHOW SINI... TENGIN PUNYA ORANG!!!!!!

Sunday, August 2, 2009

DEMONSTRASI : Budaya Baru

Demonstrasi sudah menjadi "budaya" baru dalam masyarakat sejak akhir-akhir ini. Ia seolah-olah telah dijadikan modus operandi kepada pihak tertentu bagi menyuarakan hasrat dan isi hati mereka terhadap pihak yang lain. Menyuarakan sesuatu untuk kebaikan sangat baik. Apatah lagi untuk membela hak dan kepentingan rakyat yang semakin terhakis. Namun, pendekatan secara demonstrasi tanpa diiringi dengan pemikiran yang waras bukanlah satu pilihan bijak. Ironinya, mereka yang telah dipujuk untuk menyertai demonstrasi bagi mencapai matlamat politik satu-satu pihak amat mudah dibakar semangatnya tanpa memikirkan kesan demonstrasi kepada pihak lain termasuk orang awam yang tidak ada kena mengena dengan perjuangan pihak-pihak tertentu. Kepada golongan yang suka menjadikan demonstrasi sebagai "kuda tunggangan" dan menjadikan rakyat sebagai "tali kekang" beringat-ingatlah!!! Janganlah dimainkan sentimen golongan tertentu untuk menyertai demonstrasi yang semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu untuk berkuasa. Dalam negara Malaysia yang kita percaya masih berpegang kuat kepada amalan demokrasi, demonstrasi bukanlah pilihan sebenarnya. Medan pilihan raya hendaklah dijadikan platform bagi memperjuangkan matlamat politik. Kepada pemimpin politik yang suka sangat memilih jalan menjadikan demonstrasi sebagai "cara" atau "pendekatan" untuk menekan pihak kerajaan - lupakanlah cara ini. Kelak, apabila kita berkuasa, golongan lain pula akan menjadikan demonstrasi untuk menjatuhkan kita. Ingatlah...hidup ini umpama putaran roda. Apa yang kita lakukan kepada orang lain, kelak orang lain lakukan perkara yang serupa kepada kita. Justeru, kepada rakyat Malaysia yang bijaksana dan cerdik belaka, berfikiran positiflah...Sekarang adalah masa untuk bersatu bersama-sama memajukan negara dan meningkatkan keupayaan negara dalam segala segi supaya Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan negara lain di dunia. Kalau asyik nak berdemonstrasi...sampai bila pun kita tidak akan maju...Fikiran menjadi semakin sempit, nafsu amarah semakin menguasai diri, kewarasan semakin menipis, tindakan semakin menjadi bodoh....Harap-harap golongan ulama (atau yang selalu mengaku dirinya ulama) tunggu apa lagi berikanlah pendapat (atau fatwa) tepatkah demonstrasi sebagai ajaran Islam?